Latarbelakang
Home
Profil
Latarbelakang
Pengurusan
Operasi Syarikat
Pengalaman
Aktiviti
Semasa
Galeri Foto

Sejarah Penubuhan dan Operasi

Pembekalan Makanan

Pembekal dan Kontrektor Sinar Jaya (PKSJ) ditubuhkan pada 15 Oktober 1991 dan nama asalnya adalah Pembekal Sinar Jaya beralamat di Medan Gopeng. Pemiliknya silih berganti sehinggalah pada tahun 2000, pemiliknya adalah seperti yang sedia ada sekarang

Penubuhan asal PKSJ adalah sebagai pembekal bahan-bahan makanan kepada Koperasi Kijang Mas Berhad (KKMB) yang merupakan badan koperasi kepada kakitangan dan keluarga Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Malaysia. Di awal penubuhannya, PKSJ bertanggungjawab membekal bahan-bahan makanan dan lain-lain keperluan di kedai-kedai koperasi KKMB di seluruh kawasan penempatan Orang Asli di pedalaman negeri Perak Darul Ridzuan

Bermula dari tahun 1992, PKSJ telah berjaya memperolehi kontrak membekal makanan mentah basah dan kering serta bermasak di sekolah-sekolah rendah tajaan JHEOA di Negeri Perak. Apabila sekolah-sekolah ini diambil alih pengurusannya oleh Kementerian Pendidikan Malysia pada tahun 1994, bidang pembekalan makanan ke asrama-asrama sekolah telah diswastakan.

Bertitik tolak dari perubahan ini, PKSJ telah bergiat aktif dalam pembekalan makanan mentah/ kering dan bermasak ke asrama-asrama sekolah yang menjadi teras utama perniagaan syarikat ini. Kini setelah lebih sepuluh (10) tahun berkecimpung dalam bidang ini, PKSJ telah berjaya memperolehi lebih dari dua puluh (20) kerja tender dan sebutharga dari aktiviti pembekalan makanan dan perniagaan bahan runcit.

Bidang Pertanian

Bermula dari tahun 2001, PKSJ telah melibatkan diri di dalam bidang pertanian. Projek Penanaman Pisang Berangan Secara Komersil Seluas 50 Hektar yang disusahakan di Kg. Ulu Bekor, Manong adalah merupakan projek jangka pendek yang diusahakan untuk mendapatkan tabungan/pembiayaan bagi Projek Kelapa Sawit yang bakal diusahakan secara komersil kelak.

Disamping pisang, pelbagai jenis tanaman jangka pendek seperti keladi, cili, labu manis, kundur dan petola turut di tanam di kawasan ini. Ini adalah supaya tanah yang ada boleh digunakan sepenuhnya sementara menanti hasil tuaian dari projek tanaman pisang.

PKSJ menjalankan aktiviti pertanian sebagai menyahut hasrat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran import bahan makanan dari luar negara

Copyright © 2003  Azamani Long 24/04/2003 03:29:01